Di sebabkan saya masih lagi budak universiti, dengan yakinnya saya pi pejabat bendahari untuk ambik baucar buku 1 malaysia. Pegi pagi-pagi kot, tak ramai sikit orang nak beratur. Sampai kat kaunter je terus tulis nama dan bagi kad matrik. Kejap gila. Itu untungnya datang awal pagi=)
Lepas dapat baucar je, terus ajak balnea pi OU sebab nak pi beli buku. Sampai je kat MPH, semua pakat berpecah cari keperluan dan kehendak masing-masing. Tiba-tiba saya teringat pada MAHB yang di mesti tak ingat punya nak ambik baucar ni. Terus capai phone dan call suh dia pi beratur ambik. Kalau tak ingatkan, sampai bila-bila pun dia tak ambik.
Lepas dia dah ambik, saya suruh dia datang OU dan sama-sama pakat abiskan baucar dalam masa 1 hari. Pusing punya pusing, saya sendiri tak tau nak beli buku apa. Tanya kat kaunter boleh tak beli komik, dia cakap tak boleh. Aduh, bosan gle.
MAHB plak duk belek satu persatu buku kat setiap rak. Oh! Lambatnya dia ni nak bergerak. Akhirnya saya buat keputusan untuk beli je buku-buku yang rasa-rasa seronok untuk dibaca.
![]() |
| Susun comel-comel dan tangkap gambar.=) |
saya memang tak suka baca buku. tapi ada sesetengah buku yang menarik minat saya untuk baca. Oh, yang buku masakan tu sebenarnya saya baru nak belajar masak. hahaha. malu.
saya beli album yang besar gedabak tu sebab album tu nampak tegap dan seksi. hahaha. tak de la, sebab nampak putih sesuci cintaku. wahahaha. Btw, semua buku-buku kat atas ni saya dah habis baca.
Kat atas ni plak buku yang MAHB beli. ok. saya tau. saya dan dia tak sama cara dan pemikiran. Dia baca buku-buku yang mcm ilmiah skit kot. tak pe. dia selalu cakap, kalau pasangan tu suka benda yang sama memang best tapi lama-lama akan jadi bosan sebab tak da cabaran. betul juga kan? yang buku cerita budak-budak tu untuk tadika mak dia.=)
![]() | ||
| inilah hasil gabungan saya dan dia punya baucar. |
kan saya cakap yang saya pergi ngan Balnea kan tadi. jom tengok apa yang diorang beli.
![]() |
| Esha punya =) |
![]() |
| Bee punya=) |
![]() |
| Asz punya =) |
![]() |
| Nadia punya =) |
![]() | ||
| ni kami punya =) |
sebenarnya baucar ni bagus, tapi kadang-kadang ada je pihak-pihak tertentu yang ambik kesempatan atas benda-benda macam ni. Bagi saya la kan, kerajaan buat benda macam ni pon mungkin nak mengalakkan rakyat kita membaca.
TERIMA KASIH MALAYSIA =)
Lilin Shafie



















